Dasar Privasi & Notis Data Peribadi
Notis ni diberi bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) Malaysia. Dia terangkan data apa yang kami kumpul bila boss guna laman promo ni, kenapa kami kumpul, dengan siapa kami kongsi, dan hak boss ke atas data tu. Bila boss hantar borang atau WhatsApp kami dari laman ni, boss setuju dengan notis ni.
1. Siapa kami
WEBMAX TECHNOLOGIES SDN BHD ("WebMax", "kami") — pembekal sistem pengurusan bengkel eMax. Laman rasmi: wmax.my. Alamat perniagaan: D-21-02, Dataran Emerald, Jalan PS 11, Prima Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Hubungi kami di WhatsApp +60 17-874 3840 atau emel sales@webmaxtec.com.
2. Data apa yang kami kumpul
Data yang boss bagi sendiri — melalui borang di laman ni atau bila boss WhatsApp kami:
- Nama
- Nombor telefon / WhatsApp
- Nama bengkel
- Negeri, bilangan mekanik, sistem yang boss guna sekarang
- Pengesahan komitmen yang boss tick dalam borang
- Apa-apa maklumat lain yang boss taip sendiri dalam chat WhatsApp dengan team kami
Semua medan ni boss isi secara sukarela. Kalau tak diisi, kami mungkin tak dapat hubungi boss atau susun demo.
Data yang dikumpul secara automatik — melalui Meta Pixel (Facebook Pixel) dan cookies:
- Alamat IP, jenis peranti dan pelayar (browser), sistem operasi
- Halaman yang dilihat, butang yang ditekan, masa lawatan
- Sumber trafik, termasuk parameter iklan seperti
fbcliddan cookie Meta (_fbp,_fbc)
Data automatik ni digunakan untuk analitik, pengukuran iklan (measurement), dan retargeting — iaitu menunjukkan iklan WebMax semula kepada orang yang pernah melawat laman ni.
Bila boss hantar borang, satu salinan maklumat asas (nama, nombor telefon, negeri) juga dihantar dari pelayan kami ke Meta dalam bentuk ter-hash (ditukar jadi kod satu hala, bukan teks biasa) untuk padanan pengukuran iklan. Borang yang boss isi juga disimpan dalam pelayar boss sendiri (local storage) supaya tak perlu taip semula.
3. Kenapa kami guna data ni
- Hubungi boss balik tentang pertanyaan atau permohonan cuba RM99
- Susun dan sahkan sesi demo, setup, pindah data dan training
- Layan sokongan pelanggan melalui WhatsApp
- Mengukur prestasi iklan Meta dan memperbaiki laman serta tawaran kami
- Menunjukkan iklan yang lebih relevan (retargeting)
- Menyimpan rekod urusan seperti yang dikehendaki undang-undang
4. Dengan siapa kami kongsi
- Meta Platforms, Inc. — untuk pengukuran iklan dan retargeting, melalui Meta Pixel dan Conversions API. Data peribadi yang dihantar ke Meta melalui pelayan kami di-hash dahulu.
- FormSubmit — perkhidmatan pihak ketiga yang menghantar (relay) isi borang boss terus ke emel syarikat kami. FormSubmit hanya menyalurkan mesej tu.
- WhatsApp (Meta) — bila boss tekan butang WhatsApp, perbualan boss berlaku dalam platform WhatsApp dan tertakluk pada dasar privasi mereka.
- Pembekal hosting dan infrastruktur kami — yang memproses data bagi pihak kami sahaja.
Kami tidak menjual data peribadi boss kepada sesiapa. Kami hanya dedahkan data kalau dikehendaki oleh undang-undang atau pihak berkuasa.
Sebahagian pembekal ni beroperasi di luar Malaysia, jadi data boss mungkin diproses di luar negara. Kami hanya guna pembekal yang ada perlindungan yang munasabah.
5. Berapa lama kami simpan
Data lead (nama, nombor, nama bengkel dan butiran borang) disimpan selagi perlu untuk urusan jualan dan sokongan, dan untuk rekod perakaunan atau undang-undang. Kalau boss minta padam dan tiada keperluan undang-undang untuk simpan, kami akan padam. Data cookie dan pixel tamat mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pelayar boss dan oleh Meta.
6. Keselamatan
Kami ambil langkah teknikal dan pentadbiran yang munasabah untuk melindungi data boss daripada akses tanpa izin, kehilangan atau penyalahgunaan. Walau macam mana pun, tiada penghantaran melalui internet yang 100% selamat.
7. Hak boss bawah PDPA 2010
- Akses — minta salinan data peribadi boss yang kami simpan.
- Pembetulan — minta kami betulkan data yang tak tepat atau tak lengkap.
- Hadkan pemprosesan — minta kami hadkan cara data boss diproses.
- Tarik balik persetujuan — termasuk berhenti menerima hubungan pemasaran daripada kami.
Nak guna mana-mana hak ni, WhatsApp +60 17-874 3840 atau emel sales@webmaxtec.com dengan nama dan nombor telefon yang boss guna masa isi borang. Kami akan balas dalam tempoh munasabah. Kalau tarik balik persetujuan, kami mungkin tak boleh teruskan demo atau sokongan.
8. Cookies dan cara nak matikan
Laman ni guna cookies untuk analitik dan pengiklanan. Boss boleh:
- Sekat atau padam cookies melalui tetapan pelayar boss (Chrome, Safari, Firefox, Edge — semua ada pilihan ni dalam menu Settings → Privacy).
- Ubah pilihan iklan Meta di facebook.com/adpreferences/ad_settings.
Kalau boss sekat cookies, laman ni masih boleh dibaca seperti biasa.
9. Kanak-kanak
Laman ni untuk pemilik dan pengurus bengkel. Kami tak kumpul data peribadi kanak-kanak bawah 18 tahun dengan sengaja.
10. Perubahan pada notis ni
Kami boleh kemas kini notis ni dari masa ke masa. Versi terkini sentiasa ada di halaman ni, dengan tarikh kemas kini di atas.
Notis ni disediakan dalam Bahasa Malaysia. Kalau ada versi Bahasa Inggeris,
versi Bahasa Malaysia yang digunapakai.
← Kembali ke halaman utama